Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

SAMBUTAN HARI RADIOGRAFI SEDUNIA 2022

Selamat menyambut Hari Radiografi Sedunia 2022 kepada semua juru x-ray di Malaysia. Tema tahun ini ialah "Juru X-Ray Di Barisan Hadapan Bagi Keselamatan Pesakit".

4th Malaysia East Coast Dialysis Access Symposium

4TH MALAYSIA EAST COAST DIALYSIS ACCESS SYMPOSIUM (4TH MECDAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi Hospital USM dan 'East Coast Neuroradiology and Interventional Radiology' (ECSNIR) dengan kerjasama Hemodialysis Unit , Hospital USM dan Chronic Kidney Disease Resource Centre USM akan menganjurkan '4th Malaysia East Coast Dialysis Access Symposium' 2022 bertemakan " VASCULAR ACCESS : SAFE PRACTICE ". 
 
 
Maklumat lanjut berkenaan simposium ini adalah sebagaimana berikut :-
 
Tarikh : 26 Jun 2022  (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP), PPSP, Aras 1, Bangunan Hospital USM ( Berhadapan Wad 1 Timur Belakang)
Jumlah Peserta : 50 Orang
 
 
Link Pendaftaran : https://bit.ly/391H555 
 
Simposium ini dilaksanakan secara "workshop, presentation dan hands on". Anda semua dijemput untuk menyertainya.
 
 4th MECDAS Registration

MALAYSIAN CONGRESS OF RADIOLOGY 2022

Pada 7hb hingga 9hb Disember telah berlangsung Malaysian Congress di Ascott Gurney Penang dengan tema "Precision Imaging : Beyond pixels and positron". 

Jabatan Radiologi daripada Hospital USM telah menghantar wakil untuk pembentangan E-poster pada congress kali ini. Selain itu Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Khairil Amir Sayuti dan Dr. Nasibah Mohamad juga dijemput sabagi penceramah di majlis tersebut.

Dr. Saiful Amri Mat Rasid telah menjadi Naib Johan untuk pertandingan Kuiz Piala Dato Samad, manakala Dr. Nasibah Mohamad pula telah memenangi Kuiz untuk Molecular Imaging. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pada congress kali ini.