Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Pengimejan Dental

Pengenalan Unit Radiologi Dental

Unit Radiografi Pergigian, Perkhidmatan Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia bermula pada bulan September 2000. Pada awal perkhidmatan, ia terletak di Unit Kemalangan & Kecemasan Hospital USM dengan 1 unit modaliti x-ray pergigian.
Pada Mac 2003, blok bangunan baru Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) siap didirikan dan Unit Radiologi Pergigian diwujudkan sebagai perkhidmatan sokongan klinikal serta unit yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar di PPSG.
Perkhidmatan radiologi pergigian disediakan kepada klinik-klinik pesakit luar, klinik pakar pergigian, pesakit dari wad, pesakit USAINS dan pesakit dari rujukan klinik luar USM. Terdapat 1 bilik pemeriksaan CBCT, 2 bilik pemeriksaan extraoral x-ray dan 5 bilik pemeriksaan intraoral x-ray, selain itu juga,terdapat juga 1 unit intra oral x-ray di dalam bas bergerak untuk memberi perkhidmatan radiografi pergigian kepada pesakit di luar Hospital USM khususnya di kawasan terpencil.
Waktu perkhidmatan bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang. Pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan radiografi pergigian boleh datang terus ke Perkhidmatan Pergigian Radiologi Hospital USM pada masa yang ditetapkan tanpa memerlukan temujanji. Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray adalah dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 90%.

Kemudahan Yang Disediakan

Unit Radiografi Pergigian mempunyai kemudahan mesin berikut :
• Bilik x-ray Ekstraoral Poliklinik B – Carestream CS9000
• Bilik x-ray Extraoral Klinik Pakar Pergigian, Pusat Trauma – Gendex GXDP-700C
• Bilik x-ray CBCT Satelit Pergigian – Planmeca Promax 3D, Planmeca Intra
• Bilik x-ray Intraoral Poliklinik A - Planmeca Pro X
• Bilik x-ray Intraoral Poliklinik C - Planmeca Pro X
• Bilik x-ray Intraoral Poliklinik D - Instrumentarium Focus
• Bilik x-ray Intraoral Klinik Pakar Pergigian, Pusat Trauma - Instrumentarium Focus
• Bilik x-ray Intraoral Klinik Usains - Planmeca Pro X
• Bas pergigian x-ray bergerak – Planmeca Intra

 

Jenis Pemeriksaan Yang Ditawarkan : -

Persediaan Pesakit

  • Pemeriksaan radiografi pergigian memerlukan persediaan tertentu. Setiap pesakit perlu mematuhi persediaan pesakit yang diperlukan untuk menjalani pemeriksaan radiografi pergigian.
  • Pastikan pesakit tidak mengandung (bagi pesakit perempuan). Sekiranya mengandung, tangguhkan pengambilan X-ray.
  • Sebelum prosedur, pesakit perlu menanggalkan cermin mata, gigi palsu, barang kemas dan perhiasan di sekitar rambut, kepala dan leher.

Maklumat kepada pesakit

  • Pegawai / Pakar Pergigian yang merawat akan mengisi borang pendaftaran radiologi sekiranya pesakit memerlukan x-ray.
  • Setelah mendapat borang x-ray yang telah diisi, pesakit perlu ke kaunter taksiran untuk proses pembayaran. Sila bawa surat jaminan (GL) bagi yang berkenaan untuk memudahkan urusan bayaran.
  • Pesakit akan ke bilik pemeriksaan x-ray dan menyerahkan borang untuk pendaftaran kepada Juru X-ray yang bertugas.
  • Ikut arahan Juru X-ray semasa menjalankan pemeriksaan x-ray di bilik pemeriksaan.
  • Selesai pemeriksaan, sila kembali berjumpa Pegawai / Pakar Pergigian atau datang pada tarikh temujanji klinik yang telah diberikan.
  • Imej yang dihasilkan adalah dalam bentuk digital. Tiada sebarang filem akan diberikan. Untuk salinan hardcopy / CD, pesakit perlu dapatkan borang permohonan dari pegawai pergigian yang merawat.
  • Jika pesakit memerlukan CD, caj tambahan untuk CD akan dikenakan ke atas semua pesakit.

 

Kredit : Nurul Shafini Mohd Khairuddin