Perkhidmatan MRI Jabatan Radiologi
Perkhidmatan MRI di Jabatan Radiologi Hospital USM telah mula beroperasi sejak tahun 1998, bermula dengan pengenalan mesin GE Signa Horizon 1.0 Tesla. Kini, kami bertekad menyediakan perkhidmatan diagnostik berteknologi tinggi untuk penjagaan kesihatan yang optimum.
Apakah itu Imbasan MRI?
Pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) ialah prosedur diagnostik bukan invasif yang menggunakan medan magnet berkuasa tinggi dan gelombang radio untuk menghasilkan imej struktur dalaman badan secara terperinci. Ia amat berkesan bagi memvisualisasikan organ dalaman, otak, tulang, sendi, dan tisu lembut.
Mesin MRI menghasilkan medan magnet yang sentiasa aktif 24 jam. Semua pesakit, pelawat, dan kakitangan wajib mematuhi panduan keselamatan khas bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Waktu Operasi & Temujanji
- Waktu Temujanji Rutin: Ahad hingga Khamis (7.30 pagi – 5.00 petang).
- Kes Kecemasan: Perkhidmatan beroperasi 24 jam sehari (bagi pesakit wad atau Jabatan Kecemasan yang memerlukan rawatan segera dengan kelulusan Pegawai Perubatan bertugas).
- Pendaftaran: Pelanggan perlu mendapatkan tarikh dan masa temujanji di Kaunter Utama Jabatan Radiologi.
Fasiliti & Kelengkapan Mesin MRI
Jabatan Radiologi dilengkapi dengan dua (2) unit mesin MRI terkini di dua bilik pemeriksaan khas:
- Philips Achieva TX (3.0 Tesla)
- Siemens Magnetom Amira Biometrix (1.5 Tesla)
Jenis Pemeriksaan yang Disediakan
Kami menawarkan pelbagai skop imbasan mengikut keperluan diagnostik dan bahagian badan:
- Otak & Kepalan (Brain & Head)
- Leher (Neck)
- Keseluruhan Tulang Belakang (Spine)
- Payudara (Breast)
- Kardiak (Jantung) / T2*
- Abdomen / Perut (MRCP & Hati)
- Pelvis / Skrotum / Testis (Organ Pembiakan Lelaki)
- Pelvis / Uterus / Ovari (Organ Pembiakan Wanita)
- Anggota Atas & Bawah (Tangan, Siku, Lutut, Kaki, dll.)
- MRI Fungsional, DTI & Spektroskopi
- MRI Angiografi (MRA)
Nota: Setiap pemeriksaan akan ditentukan sama ada memerlukan media kontras atau tidak, bergantung pada patologi dan diagnosis doktor.
Panduan Persediaan Pesakit Sebelum Pemeriksaan
Sila baca dan patuhi arahan persediaan am berikut untuk memastikan kelancaran prosedur anda:
- Makluman Kesihatan & Implan: Maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai implan perubatan (seperti perentak jantung / pacemaker), alat bantu dengar, atau peranti logam dalam badan.
- Sejarah Alahan (Alergi): Beritahu jurux-ray jika anda mempunyai sejarah alahan terhadap bahan kontras atau sebarang ubat-ubatan.
- Pakaian & Alat Solekan: Pakai pakaian yang selesa dan bebas daripada sebarang objek logam (zip, butang besi, bra berkaawat). Elakkan memakai alat solek untuk imbasan bahagian kepala atau mata.
- Tanggalkan Objek Logam: Keluarkan semua barang perhiasan, jam tangan, cermin mata, dan kad magnetik sebelum memasuki bilik imbasan.
- Berpuasa: Sekiranya dikehendaki (terutamanya bagi pemeriksaan menggunakan kontras), anda perlu berpuasa daripada makan dan minum beberapa jam sebelum sesi imbasan.
- Prosedur Kontras / Sedasi: Tiub jarum halus (branula) akan dipasang pada urat darah sekiranya pemeriksan memerlukan cecair kontras atau ubat penenang (sedasi).
- Klausrofobia & Rasa Gelisah: Jika anda mengalami ketakutan pada ruang sempit (klausrofobia), maklumkan kepada doktor lebih awal untuk bantuan ubat penenang atau panduan relaksasi.
- Kehamilan: Maklumkan dengan segera kepada kakitangan jika anda sedang atau disyaki hamil.
Borang Persediaan Rasmi:
Muat Turun Borang Persediaan Pesakit MRI (PDF)Peringatan Penting Kepada Pesakit
- Kehadiran: Sila hadir 30 minit lebih awal dari masa temujanji. Hubungi kami jika anda tidak dapat hadir.
- Pendaftaran: Borang pemeriksaan radiologi wajib diambil di Kaunter Pendaftaran Radiologi terlebih dahulu.
- Barang Kemas: Dilarang memakai atau membawa barang kemas pada hari pemeriksaan.
- Tempoh Imbasan: Jangka masa pemeriksaan bergantung pada jenis kesihatan dan bahagian badan yang diimbas.
- Pembatalan Prosedur: Pemeriksaan berisiko dibatalkan sekiranya arahan persediaan pesakit tidak dipatuhi.
- Format Keputusan (Digital): Keputusan imej diberikan dalam bentuk digital sahaja (tiada cetakan filem). Sekiranya memerlukan salinan CD, sila dapatkan borang permohonan daripada Pegawai Perubatan yang merawat (caj tambahan akan dikenakan).