Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Pengenalan Perkhidmatan Ultrasound Jabatan Radiologi

Ultrasound merupakan pemeriksaan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi lalu diterjemahkan sebagai gambar, dan tidak menggunakan sebarang sinaran radiasi X-ray.


Temujanji & Operasi Prosedur

Perkhidmatan ini memerlukan tarikh dan masa temujanji dari Kaunter Utama Jabatan Radiologi. Bagi pesakit yang memerlukan perawatan segera dari Jabatan Kecemasan atau wad, kebenaran perlu diperoleh dari doktor bertugas dalam tempoh 24 jam.

Waktu Perkhidmatan
  • Hari Bekerja (Ahad – Khamis): 8.00 pagi – 12.00 tengahari (Temujanji biasa)
  • 24 Jam Sehari: Pesakit perawatan segera (Kecemasan) sahaja
Kemudahan Yang Disediakan

Terdapat 1 bilik pemeriksaan khas di dalam jabatan dan 3 buah mesin ultrasound berteknologi tinggi yang tersedia:

Samsung HS40 Samsung RS80A Mindray DC-8 Expert
Kemudahan Mesin Ultrasound
Jenis Pemeriksaan Ultrasound Yang Ditawarkan

Pemeriksaan yang disediakan adalah mengikut bahagian badan yang ditetapkan:

  • Kepala (untuk bayi)
  • Leher (Karotid, tiroid & limfa)
  • Dada
  • Abdomen / Perut
  • Sistem Urinari KUB
  • Pelvis / Skrotum / Testis
  • Pelvis / Uterus / Ovari
  • Color Doppler
  • Anggota Badan (Sendi/Tangan/Kaki)
Jenis Pemeriksaan Ultrasound
Persediaan Pesakit Bagi Pemeriksaan Ultrasound

Setiap pesakit wajib mematuhi persediaan khas berikut sebelum menjalani pemeriksaan:

Pemeriksaan Abdomen / Perut

(Hepatobiliari, Hati & Hempedu)

  • Umur < 6 tahun: Berpuasa 2 – 4 jam sebelum pemeriksaan.
  • Umur 6 – 12 tahun: Berpuasa 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan.
  • Umur 12 tahun & dewasa: Berpuasa 6 jam sebelum pemeriksaan.
Pemeriksaan Sistem Urinari KUB & Pelvis
  • Tidak perlu berpuasa.
  • Perlu minum air kosong sehingga pundi kencing terasa penuh.
  • Jangan buang air kecil 1 jam sebelum pemeriksaan dijalankan.
Maklumat Penting Kepada Pesakit
  1. Hubungi kami jika tidak dapat hadir atau untuk sebarang pertanyaan.
  2. Sila hadir 15 minit lebih awal dari masa temujanji yang diberikan.
  3. Borang pemeriksaan radiologi perlu diambil di Kaunter Pendaftaran Radiologi.
  4. Pesakit dinasihatkan tidak memakai barang kemas pada hari temujanji.
  5. Jangka masa pemeriksaan bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis penyakit.
  6. Pemeriksaan ini berkemungkinan dibatalkan jika arahan di atas tidak dipatuhi.
  7. Imej yang dihasilkan adalah dalam bentuk digital (tiada filem). Untuk salinan CD, sila dapatkan borang permohonan daripada pegawai perubatan yang merawat.
  8. Caj tambahan akan dikenakan bagi permohonan salinan rekod CD.

Kredit: Siti Adibah Misran