Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Pengenalan Perkhidmatan PACS & RIS

Jabatan Radiologi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia menyediakan perkhidmatan sistem PACS (Picture Archiving and Communication System) dan RIS (Radiology Information System) bagi memenuhi keperluan semasa penggunaan film-less serta menguruskan permohonan pemeriksaan dan laporan radiologi sejajar dengan perkembangan teknologi kesihatan terkini.

Sistem film-less ini telah diperkenalkan secara menyeluruh di Jabatan Radiologi sejak tahun 2010 dan sentiasa melalui fasa penambahbaikan serta penaiktarafan secara berterusan:

  • PACS (Pengguna Dalaman): GE Healthcare Workflow Manager SP2.0.0
  • PACS (Pengguna Luar Jabatan): Centricity™ Universal Viewer Zero Footprint Client (Version 6.0)
  • RIS (Radiology Information System): Viarad5 (Daripada Syarikat Viamed Sdn. Bhd.)

Panduan Ringkas Capaian PACS (Pengguna Luar Jabatan Radiologi)

Langkah 1
Langkah 1
Paparan Akses USM

Akses portal usmzfp.usm.my/zfp dan masukkan ID USM anda.

Langkah 2
Langkah 2
Masukkan MRN

Masukkan MRN pesakit dan tekan butang "Search".

Langkah 3 Paparan Utama PACS
Langkah 3

Paparan utama Centricity Universal Viewer Zero Footprint Client sedia untuk digunakan.

Kemudahan & Peralatan Unit PACS

Unit PACS di Jabatan Radiologi dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan imej berprestasi tinggi:

  • 2 Unit Filem Digitizer – VIDAR System Corporation
  • 2 Unit Workstation Mac Studio (dengan OsiriX DICOM Viewer)
  • 1 Unit Workstation Windows
Digitizer VIDAR

Digitizer VIDAR

Workstation Windows

Workstation Windows

Workstation Mac Studio

Workstation Mac Studio

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Penyediaan salinan CD / DVD / DriveShare / Filem dan USB bagi pemeriksaan radiologi.
  • Muat naik imej daripada hospital/klinik luar (Digitise) melalui Filem / CD / DVD / USB / DriveShare.
  • Pendaftaran pengguna baharu bagi sistem PACS dan RIS.
  • Khidmat bantuan teknikal PACS (seperti penyuntingan imej dan merge data).
  • Penyelesaian masalah berkaitan data dan pelaporan pesakit (RIS).
  • Penyelenggaraan pelayan (server) bagi sistem PACS.
  • Penyelenggaraan peralatan infostruktur (PC & Workstation) di Jabatan Radiologi.
Waktu Perkhidmatan:

Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 4.30 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)

Khamis: 8.00 pagi – 3.00 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Bilik PACS:
Hotline: 09 - 767 6738