Perasmian mesin ABUS 2.0
7 OKTOBER 2024
Unit Woman Imaging Suite Hospital USM (WISH) dari Jabatan Radiologi Hospital USM telah turut serta majlis perasmian mesin Automated Breast Ultrasound System (INVENIA ABUS 2.0) dan juga bulan Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara ( Pink October) 2024.
Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM Prof Datuk Seri Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Hospital USM Prof Dato' Dr Nik Hisamuddin Nik Abd Rahman dan juga barisan pengurusan tertinggi Hospital USM lain.
Unit WISH juga turut membuka reruai pameran di ruang legar bangunan pentadbiran yang berlangsung majlis perasmian ini.
Mesin ABUS ini bernilai RM2 juta dan direka khusus untuk membantu dalam pemeriksaan awal kanser payudara agar pemeriksaan saringan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan efektif, meningkatkan peluang pengesanan awal kanser payudara.
Projek ini dibiayai melalui peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh usaha penjagaan kesihatan dan pencegahan kanser, terutama di kawasan Pantai Timur.
lawatan dan persidangan dengan Unit Angiografi 'Minimalist Invasive Surgical Interventional Radiology (MiSir) ' dari Prince of Songkla University (PSU)
2 Ogos 2024, Jumaat Unit Angiografi 'Advance Minimally Invansive Endovascular & Neurointerventional (AMIEN)' dari Jabatan Radiologi Hospital USM (HUSM) telah mengadakan lawatan dan persidangan dengan Unit Angiografi 'Minimalist Invasive Surgical Interventional Radiology (MiSir) ' dari Prince of Songkla University (PSU) .
Lawatan dan persidangan ini melibatkan Pakar Intervensi Radiologi, Pakar Radiologi, Pelajar Sarjana Perubatan (Radiologi), Juru X Ray, Jururawat dan juga Pembantu Perawatan Kesihatan.
Tujuan persidangan ini adalah memurnikan kolaborasi dan kerjasama antara dua pihak di masa depan. Di samping itu, kedua-dua 'team' berkongsi kes-kes yang menarik sambil bertukar idea. Sebelum bersurai, kami melawat ke bilik modaliti Jabatan Radiologi Hospital PSU.