Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

 

Pengenalan Perkhidmatan Pacs dan Ris
 
Jabatan Radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia menyediakan perkhidmatan sistem PACS dan RIS bagi memenuhi keperluan semasa penggunaan film-less dan menguruskan pemohonan pemeriksaan dan laporan radiologi sejajar dengan perkembangannya yang semakin meluas.
Sistem film-less ini diperkenalkan di Jabatan Radiologi secara menyeluruh pada tahun 2010. Sistem PACS dan RIS sering kali melalui fasa penambahbaikan dan penaiktarafan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Terkini  sistem PACS yang digunakan di jabatan radiologi ialah GE Healthcare Centricity Universal Viewer Version 6 untuk capaian dalaman dan Centricity Universal Viewer Zero Footprint Client untuk pengguna luar jabatan radiologi. Manakala untuk RIS (Radiology Information System) yang digunakan ialah Viarad5 sistem daripada Syarikat Viamed Sdn. Bhd.
 
Panduan Ringkas capaian ke PACS bagi pengguna Luar Jabatan Radiologi 
Step1 01 uai 258x258
Masukkan MRN pesakit 
Paparan utama Pacs Centricity Universal Viewer Zero Footprint Client
Masukkan ID USM
Teruskan dengan tekan butang "search"
 

 

Unit Pacs di Jabatan Radiologi mempunyai kemudahan peralatan seperti :-

  • 2 unit Filem Digitizer – VIDAR System Corporation
  • 1 unit workstation Mac Horos
  • 1 Unit Workstation Windows

                                                                                   Digitizer VIDAR

 

                                                                     Workstation Windows

 

                                                                Workstation Mac Horos

 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Penyediaan salinan CD / DVD / filem dan USB bagi pemeriksaan radiologi
  • Muat Naik imej daripada hospital/klinik luar (Digitise) daripada Filem / CD/ DVD/ USB
  • Pendaftaran pengguna sistem PACS dan RIS
  • Menyelesaikan masalah berkaitan sistem PACS seperti “editing dan merge”.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan data pesakit dan laporan pesakit (RIS)
  • Penyelenggaraan server bagi sistem pacs
  • Penyelenggaraan alatan infostruktur (PC dan workstation) di jabatan radiologi.

Waktu Perkhidmatan :
Hari Ahad hingga Rabu – 8.00 pagi hingga 4.30 petang (1.00 petang – 2.00 petang rehat)
Hari Khamis – 8.00 pagi hingga 3.00 petang (rehat 1.00ptg-2.00ptg)


Sebarang masalah boleh hubungi Bilik Pacs di talian "Hotline" 09 - 7676738

 

Muat Turun Borang :-

Borang Permohonan Perkhidmatan PACS

Borang permohonan Pelaporan Pemeriksaan

Pendaftaran Pengguna Pacs dan Viarad

 

 

 

PACS di Jabatan Radiologi Hospital USM

Sejarah PACS 

Era sistem digital di jabatan radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia telah bermula pada bulan Julai 1998 selaras untuk memberikan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan efisien kepada pesakit. Hal ini direalisasikan dengan mewujudkan perhubungan antara modaliti antara MRI, DSA LCA dan Fluroscopy Legacy dengan 2 workstation Advantage 3.1 dan juga 2 Wet Laser Printer. Sistem KENI to KENI di gunakan untuk menghubungkan kedua-dua printer tersebut. Imej pada kedua-dua workstation tersebut disalin ke dalam CD untuk simpanan dan rujukan bila diperlukan.

Pada bulan Oktober 1999, peralatan ultrasound digital HDI3500 diperolehi , namun imejnya hanya di simpan di dalam optikal disk

Pada Disember 2000 Central archiving telah diperkenalkan dengan penggunaan perisian Pathspeed  7.12  dengan kriteria seperti kapasiti storage yang diperolehi pada waktu itu adalah 144 gigabit, 3 unit G4 digunakan sebagai Modality interphase unit dan system networking menggunakan 2 switch cajun dan 1 switch 3 com.

Modaliti digital yang diperolehi seterusnya adalah CT 4 slices Lightspeed plus. Imej dari CT, MRI, angio,ultrasound dan fluroskopi telah dihantar ke central archiving yang  juga dikenali sebagai mini PACS. Local area network telah di tambah baik lagi dengan penambahan switch dan juga dihubungkan dengan talian intranet dan juga internet. Beberapa peralatan dan workstation juga telah diperolehi dalam proses upgrade ini. 2 unit Diagnostic workstation yang menggunakan Barco monitor jenis CRT telah digunakan untuk reporting. 2 unit reconstruction workstation jenis ADW4.0 dan 1 unit digitizer dengan perisian radwork. Manakala 15 apple computer digunakan untuk pendaftaran pesakit dan juga reporting dengan menggunakan perisian PARIS dan terdapat 1 unit dry laser 8100.

Pada Julai 2001, peralatan Ultrasound Sonoline Elegra diperolehi dan imejnya terus dihantar ke central archiving. Manakala pada Ogos 2001, Digital Multipurpose Fluoroscopy menambahkan lagi bilangan modality yang imej digitalnya berjaya dihantar ke PACS dengan menggunakan easy vision workstation. Imej dari bone X-Ray absorptionometry pada waktu itu tidak berjaya dihantar ke PACS, imejnya hanya disimpan di dalam CD.

Pada Mac 2002, kesan dari penambahan bilangan modality dan juga bilangan pemeriksaan yang dijalankan, kapasiti storage telah mencapai tahap kritikal. Long term storage (Plasmon)  yang menggunakan MOD ( magneto optical disc)  telah di pasang. Sebanyak 104 MOD berkapasiti 5.2 dan 9.1 gigabit telah di masukkan kedalam Plasmon. Perisian Arc Controller telah digunakan untuk mengintegrasi long term storage dengan short term storage. Dengan penambahan lebih dari 1 terabyte kapasiti storage ini, sebahagian dari pemeriksaan MRI lama yang disimpan dalam CD juga telah dihantar ke PACS.

Pada April 2002, Pathspeed 7.12 telah dinaik taraf ke versi yang baru iaitu Pathspeed 8.1. Proses menaik taraf ini telah mengambil masa selama 1 minggu. Beberapa perisian dan juga hardware telah ditukar dalam proses naik taraf ini. Pendaftaran dan reporting yang menggunakan perisian PARIS di computer imac telah ditukar kepada web base RIS yang menggunakan windows operating system. Perisian virtual PC telah digunakan untuk membolehkan imac digunakan. Web server untuk pengguna di luar Jabatan Radiologi telah dipasang. Sistem ini telah membolehkan pengguna di luar Jabatan Radiologi untuk view true resolution radiology images. User ID dan Password untuk PACS system telah perluas kepada semua pensyarah-pensyarah. Perisian ini juga digunakan sepenuhnya semasa radiology conference. 3 unit diagnostic workstation dengan barco monitor untuk reporting dan 3 unit radiographer workstation untuk viewing juga diperolehi. 6.    DICOM box telah digunakan untuk menghantar imej ultrasound yang bukan DICOM dari peralatan Toshbee. Pada bulan ini juga filmless ultrasound telah diperkenalkan dengan imej dari 3 unit ultrasound telah dihantar ke PACS.


Jan 2003 1. Mobile Digital Image Intensifier telah dipasang di dewan bedah. 2. Modaliti ini telah sedia di lengkapi dengan format DICOM 3. Imej dari modality ini boleh dihantar ke PACS Mac 2003 1. Kapasiti networking telah dipertingkatkan kepada 2X1000 baseT 2. Network point telah di extensi ke Radiologi di Jabatan Kecemasan dan juga ke Radiologi Satelit. 3. Switch 3com telah di pasang di kedua dua tempat tersebut.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

 

Direktori

  LOKASI NO. EXT
1. KETUA JABATAN 6996
2. PEJABAT AM 3468
3. KAUNTER PENDAFTARAN 3471
4. KAUNTER TEMUJANJI 3472
5. KLINIK RADIOLOGI 3470
6. STOR ALAT PAKAI HABIS 3464
7. BILIK X-RAY PAKAR SATELIT 3474
8. RUANG PANTAU 3462
9. BILIK MAMMOGRAFI 3465
10. BILIK ULTRASOUND 4092
11. BILIK PACS & DIGITIZER 6738
12. BILIK REPORTING UTAMA 6744
13. UNIT AMIEN  3466 / 3473
14. BILIK LAPORAN QUADRANGLE 6737
15. BILIK LAPORAN CONSULTANT QUADRANGLE 4091
16. BILIK MRI 3.0T  4095
17. BILIK MRI 1.5T (Berbayar) 3483
18. BILIK XRAY RoSE (ONCALL SERVICES) 3475
19. BILIK CT SKAN SIEMENS 3467
20. BILIK X-RAY DDR TRAUMA CENTRE 3478
21. BILIK CT SKAN TOSHIBA TRAUMA 3479
22. BILIK 1 3480
23. BILIK FLUROSKOPI 4101
24. BILIK CT SKAN PHILIPS (Berbayar) 3481

Hubungi Kami


HUBUNGI KAMI

Jabatan Radiologi
Hospital Universiti Sains Malaysia
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 
Tel : +609-7673468 (Pejabat)
Tel : +609-7673472 (Kaunter Temujanji)
Whatsapp : +6011-56901481 (untuk dapatkan tarikh temujanji pemeriksaan di Jabatan Radiologi)
Fax : +609-76763468
 
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website : radiology.kk.usm.my

 

6.09947385,102.28285600705948

Jabatan Radiologi Hospital USM