Perasmian mesin ABUS 2.0
7 OKTOBER 2024
Unit Woman Imaging Suite Hospital USM (WISH) dari Jabatan Radiologi Hospital USM telah turut serta majlis perasmian mesin Automated Breast Ultrasound System (INVENIA ABUS 2.0) dan juga bulan Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara ( Pink October) 2024.
Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM Prof Datuk Seri Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Hospital USM Prof Dato' Dr Nik Hisamuddin Nik Abd Rahman dan juga barisan pengurusan tertinggi Hospital USM lain.
Unit WISH juga turut membuka reruai pameran di ruang legar bangunan pentadbiran yang berlangsung majlis perasmian ini.
Mesin ABUS ini bernilai RM2 juta dan direka khusus untuk membantu dalam pemeriksaan awal kanser payudara agar pemeriksaan saringan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan efektif, meningkatkan peluang pengesanan awal kanser payudara.
Projek ini dibiayai melalui peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh usaha penjagaan kesihatan dan pencegahan kanser, terutama di kawasan Pantai Timur.