Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

PACS di Jabatan Radiologi Hospital USM

Sejarah PACS 

Era sistem digital di jabatan radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia telah bermula pada bulan Julai 1998 selaras untuk memberikan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan efisien kepada pesakit. Hal ini direalisasikan dengan mewujudkan perhubungan antara modaliti antara MRI, DSA LCA dan Fluroscopy Legacy dengan 2 workstation Advantage 3.1 dan juga 2 Wet Laser Printer. Sistem KENI to KENI di gunakan untuk menghubungkan kedua-dua printer tersebut. Imej pada kedua-dua workstation tersebut disalin ke dalam CD untuk simpanan dan rujukan bila diperlukan.

Pada bulan Oktober 1999, peralatan ultrasound digital HDI3500 diperolehi , namun imejnya hanya di simpan di dalam optikal disk

Pada Disember 2000 Central archiving telah diperkenalkan dengan penggunaan perisian Pathspeed  7.12  dengan kriteria seperti kapasiti storage yang diperolehi pada waktu itu adalah 144 gigabit, 3 unit G4 digunakan sebagai Modality interphase unit dan system networking menggunakan 2 switch cajun dan 1 switch 3 com.

Modaliti digital yang diperolehi seterusnya adalah CT 4 slices Lightspeed plus. Imej dari CT, MRI, angio,ultrasound dan fluroskopi telah dihantar ke central archiving yang  juga dikenali sebagai mini PACS. Local area network telah di tambah baik lagi dengan penambahan switch dan juga dihubungkan dengan talian intranet dan juga internet. Beberapa peralatan dan workstation juga telah diperolehi dalam proses upgrade ini. 2 unit Diagnostic workstation yang menggunakan Barco monitor jenis CRT telah digunakan untuk reporting. 2 unit reconstruction workstation jenis ADW4.0 dan 1 unit digitizer dengan perisian radwork. Manakala 15 apple computer digunakan untuk pendaftaran pesakit dan juga reporting dengan menggunakan perisian PARIS dan terdapat 1 unit dry laser 8100.

Pada Julai 2001, peralatan Ultrasound Sonoline Elegra diperolehi dan imejnya terus dihantar ke central archiving. Manakala pada Ogos 2001, Digital Multipurpose Fluoroscopy menambahkan lagi bilangan modality yang imej digitalnya berjaya dihantar ke PACS dengan menggunakan easy vision workstation. Imej dari bone X-Ray absorptionometry pada waktu itu tidak berjaya dihantar ke PACS, imejnya hanya disimpan di dalam CD.

Pada Mac 2002, kesan dari penambahan bilangan modality dan juga bilangan pemeriksaan yang dijalankan, kapasiti storage telah mencapai tahap kritikal. Long term storage (Plasmon)  yang menggunakan MOD ( magneto optical disc)  telah di pasang. Sebanyak 104 MOD berkapasiti 5.2 dan 9.1 gigabit telah di masukkan kedalam Plasmon. Perisian Arc Controller telah digunakan untuk mengintegrasi long term storage dengan short term storage. Dengan penambahan lebih dari 1 terabyte kapasiti storage ini, sebahagian dari pemeriksaan MRI lama yang disimpan dalam CD juga telah dihantar ke PACS.

Pada April 2002, Pathspeed 7.12 telah dinaik taraf ke versi yang baru iaitu Pathspeed 8.1. Proses menaik taraf ini telah mengambil masa selama 1 minggu. Beberapa perisian dan juga hardware telah ditukar dalam proses naik taraf ini. Pendaftaran dan reporting yang menggunakan perisian PARIS di computer imac telah ditukar kepada web base RIS yang menggunakan windows operating system. Perisian virtual PC telah digunakan untuk membolehkan imac digunakan. Web server untuk pengguna di luar Jabatan Radiologi telah dipasang. Sistem ini telah membolehkan pengguna di luar Jabatan Radiologi untuk view true resolution radiology images. User ID dan Password untuk PACS system telah perluas kepada semua pensyarah-pensyarah. Perisian ini juga digunakan sepenuhnya semasa radiology conference. 3 unit diagnostic workstation dengan barco monitor untuk reporting dan 3 unit radiographer workstation untuk viewing juga diperolehi. 6.    DICOM box telah digunakan untuk menghantar imej ultrasound yang bukan DICOM dari peralatan Toshbee. Pada bulan ini juga filmless ultrasound telah diperkenalkan dengan imej dari 3 unit ultrasound telah dihantar ke PACS.


Jan 2003 1. Mobile Digital Image Intensifier telah dipasang di dewan bedah. 2. Modaliti ini telah sedia di lengkapi dengan format DICOM 3. Imej dari modality ini boleh dihantar ke PACS Mac 2003 1. Kapasiti networking telah dipertingkatkan kepada 2X1000 baseT 2. Network point telah di extensi ke Radiologi di Jabatan Kecemasan dan juga ke Radiologi Satelit. 3. Switch 3com telah di pasang di kedua dua tempat tersebut.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure