USMFIT BRISK WALK AND PLOGGING
Program #USMFIT 'Brisk Walk' & 'Plogging'
Program #USMFIT 'Brisk Walk' & 'Plogging' yang telah berlangsung pada 18 Mei 2025 merupakan salah satu inisiatif anjuran Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan USM sempena sambutan Minggu Kelestarian USM. Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM.
Antara pengisian utama program ini ialah pelancaran kempen kesihatan dan kelestarian alam sekitar yang meliputi:
- Bring Your Own Bag/Container
- Cut Down Sugar
- No Single Use Plastic
- Smoke & Vape Free Zone@USM>
Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik, diikuti dengan sesi Brisk Walk dan Plogging – satu pendekatan unik yang menggabungkan aktiviti berjalan santai dengan pengutipan sampah sebagai usaha menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran kampus. Acara disusuli dengan jamuan sarapan pagi sebagai simbolik kepada amalan gaya hidup sihat dan mesra alam.
Warga Jabatan Radiologi turut mengambil bahagian dalam program ini sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kelestarian yang dianjurkan oleh universiti.
Penganjuran program #USMFIT ini diharap dapat memupuk kesedaran warga kampus terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri serta tanggungjawab memelihara alam sekitar, selari dengan aspirasi Kampus Lestari USM.