Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

NPMC Radiology Training The Trainers 8.0 Course

Jabatan Radiologi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah berjaya menganjurkan Program NPMC Radiologi Training The Trainers (TtT) 8.0 yang berlangsung pada 14 dan 15 Januari 2026 bertempat di Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kepakaran Radiologi dengan kerjasama Jawatankuasa Pemandu National Postgraduate Medical Curriculum (NPMC), bertujuan untuk memperkukuh kompetensi para penyelia khususnya dalam aspek penyeliaan klinikal, penilaian berasaskan tempat kerja (Workplace Based Assessment), profesionalisme, keselamatan radiologi, serta pelaksanaan kurikulum latihan pascasiswazah secara sistematik dan berkesan.

Program ini telah disertai oleh barisan peserta yang terdiri daripada pakar radiologi, pensyarah perubatan dan pensyarah universiti dari pelbagai institusi serta hospital pengajar di seluruh negara, termasuk hospital universiti dan hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat secara langsung dalam program Sarjana Perubatan Radiologi.

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi ceramah, perbincangan interaktif serta latihan kemahiran yang dikendalikan oleh barisan fasilitator dan penceramah berpengalaman dalam bidang radiologi dan pendidikan perubatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia serta para peserta atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.