Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Solat Hajat Perdana MMED 2023

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian, 10 OKTOBER telah diadakan satu solat hajat perdana yang bertempat di bilik Konferens Jabatan Radiologi. Solat Hajat berjemaah yang telah diadakan di sini adalah dengan tujuan memohon berkat Allah bagi pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan tahunan dan juga untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W).

Acara-acara tersebut telah diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan, Prof Madya Dr. Khairil Amir Sayuti dan semua staf Jabatan Radiologi.

Majlis dimulakan dengan solat Zohor, diikuti oleh solat Hajat dan diakhiri dengan selawat dan jamuan ringan. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pelajar perubatan fasa 1, Dr. Ayyub Afandi, menekankan konsep usaha dan bergantung kepada Allah dalam bidang tawakkal.

Semoga Allah memberkati semua yang terlibat dalam acara ini dan melimpahkan rahmat-Nya supaya semua calon perubatan kami lulus peperiksaan dengan cemerlang dan lawatan lapangan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak dijangka. Amin.

 

 

Teks/Foto : Dr. Ayyub Afandi