Sesi CME Radiologi: Elbow Series – Positioning & Image Critique
Tarikh: 29 Mei 2025
Masa: 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tempat: Bilik Konferen, Jabatan Radiologi
Pada 29 Mei 2025, Jabatan Radiologi telah menganjurkan satu sesi Pembelajaran Berterusan Staf (CME) bertajuk “Elbow Series: Positioning & Image Critique”. Sesi ini telah disampaikan oleh Tuan Nurul Zafirah Tuan Lah, Juru X-ray dari Hospital Pengajar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Tujuan utama sesi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pengambilan imej sinar-X bagi bahagian siku (elbow). Antara aspek yang ditekankan termasuklah teknik pengimejan yang betul, penempatan pesakit yang tepat untuk mendapatkan imej diagnostik yang optimum, serta kaedah penilaian kualiti imej sinar-X. Sesi ini turut menekankan cara mengenal pasti kekurangan teknikal dalam imej yang dihasilkan bagi tujuan penambahbaikan.
Melalui penyampaian yang jelas, interaktif dan berinformasi, para peserta telah diberi peluang untuk mengemukakan soalan serta berkongsi pengalaman praktikal masing-masing. Sesi ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut teori, malah turut mengukuhkan amalan klinikal harian dalam bidang radiografi diagnostik.