Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Rawatan "Chimney EVAR" di Pantai Timur

Tahniah kepada Unit AMIEN, Jabatan Radiologi HPUSM dan Unit Pembedahan Vaskular atas kejayaan melaksanakan prosedur “Endovascular Aneurym Repair (EVAR) with bilateral chimney” bagi rawatan “abdominal aortic aneurysm (AAA)” — di Pantai Timur!
Prosedur ini diketuai oleh AP Dr (Mr) Rosnelifaizur bersama Dr Mohd Hafizuddin dan Dr Nasibah, dengan sokongan hebat pasukan IR dan vaskular. Turut dibimbing secara dalam talian oleh Dr (Mr) Syafiq dari Pusat Perubatan Universiti Malaya 👏
HPUSM kini satu-satunya pusat di Pantai Timur yang menawarkan “EVAR” — rawatan bagi pembekakan saluran darah aorta secara “minimally invasive” dengan pemulihan lebih cepat dan risiko lebih rendah berbanding pembedahan konvensional.
“Chimney EVAR” pula lebih mencabar kerana melibatkan pemasangan “stent” tambahan ke saluran darah buah pinggang bagi memastikan aliran darah ke organ berkenaan kekal baik.


Satu lagi pencapaian membanggakan! 💪Terus melangkah ke hadapan dalam kecemerlangan rawatan “endovascular” di HPUSM!