Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARI) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Kerajaan Negeri Kelantan (JK Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Unit Kejururawatan dan Klinikal Hospital USM telah mengadakan Program "Kelantan Wellness Breast Carnival" (KWBC) pada 1-4 Oktober 2023. Ianya telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kompleks Apam Putra Pasir Mas (1-2 Oktober 2023) dan Dataran Perahu, Daerah Bachok (3-4 Oktober 2023).

Program ini bukan sekadar memberi kesedaran tentang pengesanan awal penyakit, malah merupakan platform untuk pengesanan penyakit payudara secara ekstensif melalui pemeriksaan klinikal payudara, mammogram dan ultrasound. Unit WISH juga telah mengambil bahagian dalam program ini dengan membuka booth pameran berkaitan perkhidmatan yang ada di WISH jabatan Radiologi HUSM. Sepanjang program tersebut berlangsung pakar radiologi jabatan HUSM turut memberi perkhidmatan ultrasound kepada pengunjung yang datang.

Teks / Foto : Suliya a/p Su Tin, Tuan Syarifah Adillah Tuan Mat Zin