Memperkasa Bakat Radiologi: Simulasi Peperiksaan Ikhtisas I, II, dan III di HPUSM Tingkatkan Keyakinan Pelajar Sarjana
Persatuan Alumni Radiologi USM, dengan kerjasama Jabatan Radiologi Hoospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), telah menganjurkan Radiologi Preparatory Exam Course 2026 pada 28 March 2026 bertempat di HPUSM.

Program ini diadakan untuk berkongsi tips and tricks daripada pakar jemputan untuk teknik menjawab yang berkesan, memberi pendedahan terus kepada format peperiksaan sebenar dan menyediakan platform latihan intensif bagi meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar Sarjana Perubatan (Radiologi) sebagai persediaan menduduki peperiksaan Ikhtisas I, II, dan III yang akan bermula tidak lama lagi.
Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 170 peserta dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia iaitu USM, UPM,UM,UKM, UiTM, UIAM dan juga KPJ Healthcare University.
Kursus sehari ini merangkumi sesi pembentangan serta simulasi peperiksaan sebenar. Pelajar telah didedahkan dengan simulasi komponen peperiksaan mengikut fasa pengajian masing-masing:
- Fasa 1 (Ikhtisas I): Memfokuskan kepada Multiple Choice Questions (MCQ) dan ujian lisan Viva Voce.
- Fasa 2 (Ikhtisas II): Latihan intensif bagi komponen Film Reporting dan Viva Voce.
- Fasa 3 (Ikhtisas III): Penekanan khusus kepada kepantasan dan ketepatan dalam Rapid Reporting.




Penganjuran kursus ini diharap berfungsi sebagai jambatan persediaan yang komprehensif bagi pelajar sarjana radiologi. Melalui pendedahan format peperiksaan yang tepat, kepelbagaian sistem soalan, dan bimbingan langsung daripada pakar jemputan, diharap calon akan lebih bersedia dan yakin untuk menghadapi setiap fasa peperiksaan Ikhtisas dengan jayanya.
