Manuscript Writing Workshop 2023
USM, KUBANG KERIAN, bertempat di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP) Kampus Kesihatan USM, Jabatan Radiologi dan Jabatan Pediatrik HUSM telah bekerjasama menganjurkan satu program Manuscript Writing Workshop pada 25 hingga 26 September 2023. Program ini disertai lebih kurang 45 orang wakil yang terdiri dari pensyarah, doktor pakar dan pelajar sarjana dari kedua-dua jabatan.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai teknik yang betul penulisan manuskrip thesis dan juga case report, khusus untuk penerbitan jurnal penyelidikan dan ilmiah.
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Innovasi), Prof Madya Dr Asrene Ab Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian program ini menyambut baik penganjuran Manuscript Writing Workshop dan juga penerbitan di jurnal-jurnal yang diiktiraf oleh Universiti Sains Malaysia.
Program ini telah berlangsung selama dua hari, dimana hari pertama diisi dengan ceramah-ceramah dari beberapa orang profesor yang dijemput khas seperti Prof Dr Irfan Mohamad dari Jabatan ENT, Prof. Madya Dr Najib Majdi dari Unit Biostatics and Research Methodology, Prof Dr Hans Van Rostenberghe dari Jabatan Pediatrik dan juga jemputan khas dari Universiti Putra Malaysia, Dr Othman Talib, melalui aplikasi di atas talian Webex.
Program hari kedua berkisar mengenai sesi diskusi berkumpulan dan perbincangan dua hala. Para peserta dibahagikan dalam kumpulan dan diselia oleh seorang Profesor mengenai manuskrip atau case report yang telah disediakan oleh peserta tersendiri. Sesi ini dijalankan dengan serentak beberapa kumpulan , dimana segala persoalan serta ralat dalam penulisan akan disemak oleh Profesor seliaan kumpulan masing-masing.
Teks / foto : Dr. Amyny Aisha Binti Che Musa