Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Majlis Townhall Kelestarian Hospital USM

Kubang Kerian : Sempena Majlis Townhall Kelestarian Hospital USM, Jabatan Radiologi telah memenangi anugerah tempat ke kedua bagi Program Kelestarian Fasa 1 yang telah diadakan pada 24 Januari 2024 bertempat di auditorium Hospital USM. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Hospital Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman dan diiringi oleh Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud selaku Pengerusi Program Kelestarian Hospital USM.

Objektif utama bagi program ini  adalah mengintegrasikan kelestarian ke dalam sistem tadbir urus universiti bagi mewujudkan persekitaran yang inovatif dan lestari.

Pada 19 Oktober 2023 yang lepas telah di adakan sesi pengauditan untuk menilai aktiviti kelestarian yang dijalankan oleh setiap jabatan dan unit yang menyertai Program Kelestarian Fasa 1 Peringkat Hospital USM. Antara pemangkin utama kejayaan atau agenda kelestarian yang dijalankan oleh Jabatan Radiologi ialah:

i. Pengurangan penggunaan kertas di jabatan

ii. Pengurangan penggunaan plastik sekali guna

iii. Penggunaan elektrik secara berhemah.

Jabatan Radiologi komited dengan agenda Universiti dan Hospital USM ke arah kelestarian dalam semua aspek. Tahniah kepada semua pemenang.

 

Teks / foto : Norida Ahmad