Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Majlis sambutan hari Raya Aidilfitri 2024

Isnin, 29 April 2024 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan Radiologi, Hospital USM telah berlangsung di Bilik Konferens, Jabatan Radiologi dengan suasana yang meriah. Semua warga Jabatan Radiologi, dan semua staf jemputan daripada pelbagai jabatan dan unit di kampus kesihatan turut menghadiri ke majlis bagi meriahkan Sambutan Hari Raya ini.

Kemeriahan Syawal yang dirai pada kali ini diserikan lagi dengan  majlis penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada staf Jabatan Radiologi dan juga pertandingan kuiz duit raya sempena memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan hidangan pelbagai juadah tradisi yang istimewa.

Ketua Jabatan Radiologi, Prof Madya Dr. Khairil Amir Sayuti juga amat teruja apabila mantan pengarah hospital Prof. Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim sudi melapangkan masa hadir sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Radiologi hari ini.
 
Antara senarai jemputan khas yang hadir sama memeriahkan majlis ini ialah Timbalan Pengarah Operasi, Prof. Dr. Mohd Imran Yusof, Timbalan Dekan PPSP, Prof. Dr. Irfan Mohamad, mantan Ketua Jabatan Radiologi, Prof. Dr. Mohd Shafie Abdullah dan lain-lain lagi.
 
 
 
Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan masakan yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri antaranya nasi putih, ayam masak merah, sate ayam, soto, roti jala, kambing golek bbq, aiskrim, kuih tradisional dan minuman air oren.