Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Majlis Perasmian ABUS 2.0 sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink Oktober)

Kubang Kerian 7 Oktober 2024, Unit Women Imaging Suite Hospital USM (WISH) dari Jabatan Radiologi Hospital USM telah turut serta dalam majlis gilang-gemilang pelancaran Sistem Ultrasound Payudara Automatik (INVENIA ABUS 2.0) dan juga Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October) 2024.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Hospital USM, Prof. Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Abd Rahman, bersama barisan pengurusan tertinggi Hospital USM yang lain. 

Unit WISH juga membuka reruai pameran di ruang legar bangunan pentadbiran, tempat berlangsungnya majlis perasmian ini.

Mesin ABUS yang bernilai RM2 juta ini direka khusus untuk membantu dalam pengesanan awal kanser payudara, memastikan pemeriksaan saringan yang lebih tepat dan efektif, sekaligus meningkatkan peluang pengesanan awal kanser.

Projek ini dibiayai melalui peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan usaha penjagaan kesihatan dan pencegahan kanser, terutamanya di kawasan Pantai Timur.