Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Majlis Makan Malam "Sekalung Budi Semarak Kasih"

SELASA, 27 DISEMBER 2022 - Jabatan Radiologi julung - julung kalinya telah menganjurkan majlis persaraan dan perpisahan untuk Professor Dr. Mohd Shafie Abdullah yang bertempat di Restoran New Horizon Garden. Majlis bermula sekitar jam 8.00 malam dipengerusikan oleh Dr. Afifah dan Dr. Irfan. Majlis diteruskan dengan kata aluan dan penghargaan oleh Professor Dr. Abdul Razak Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP). Beliau meluahkan rasa kagum terhadap jasa bakti Prof. Shafie yang diraikan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di USM. 

Majlis seterusnya menjemput Prof Dr. Mohd Shafie untuk menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan rasa terharu dengan majlis yang diraikan serta tidak menyangka dengan sambutan yang diberikan.

Majlis disambung dengan penyampaian hadiah kenang - kenangan kepada Prof Dr. Mohd Shafie Abdullah oleh beberapa wakil daripada jabatan iaitu Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Khairil Amir Sayuti, Pengurus Jabatan Radiologi, En. Nik Fauriza Abdullah, Sr. Mazia Norzehan Mohd Zin, wakil doktor sarjana dan lain-lain lagi. 

Dr. Khairil Amir (Ketua Jab Radiologi) meyampaikan hadiah kenang-kenangan