Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

MAJLIS MAKAN MALAM JABATAN RADIOLOGI HPUSM 2026

Kota Bharu, Kelantan | 30 Januari 2026

Majlis Makan Malam Jabatan Radiologi HPUSM anjuran bersama Jabatan Radiologi HPUSM dan Kelab Sinaran Perubatan (KSP) telah berjaya dianjurkan pada Jumaat, 30 Januari 2026 bertempat di DaraGlass Hall, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dengan tema “Raja Sehari / Pengantin”.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan sesi pendaftaran, diikuti dengan solat Maghrib serta bacaan doa pembuka majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Juru X-Ray, Puan Norfataha Mohd Daud, serta ucapan Ketua Jabatan Radiologi, Profesor Madya Dr. Khairil Amir Sayuti.
Sepanjang majlis berlangsung, para hadirin dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan pentas, permainan interaktif, cabutan bertuah, penyampaian hadiah Pakaian Terbaik (lelaki dan wanita), cabutan hadiah utama, serta sesi karaoke santai yang berjaya menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.


Majlis makan malam ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Radiologi HPUSM atas komitmen dan dedikasi yang diberikan, malah turut menjadi medium untuk memperkukuh semangat kebersamaan, kerjasama dan hubungan kekeluargaan di luar suasana kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur, para tetamu serta seluruh warga Jabatan Radiologi HPUSM yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen dan kemeriahan.