Pada 14 Nov 2023, Jabatan Radiologi telah mengadakan satu sesi lawat tapak ‘Site Visit’ untuk para pembekal dalam proses untuk memperoleh satu kemudahan mesin ‘Single Plane Angiography’ yang khusus bagi unit AMIEN (Advance Minimally Invasive Endovascular & Neurointerventional). Pihak Jabatan Radiologi juga turut menjemput wakil kepakaran dari Jabatan Bendahari dan JPPF(Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti) bagi membantu kelancaran aktiviti tersebut. Proses perolehan ini telah dijalankan bagi menyediakan satu lagi perkhidmatan diagnostik dan theurapeutik di dalam unit AMIEN bagi menampung bebanan kes yang dilihat semakin meningkat daripada jabatan luar dan pihak luar Hospital USM. Alatan yang digunakan sebelum ini telah dilupuskan pada tahun 2011 atas faktor mesin telah mengalami pelbagai kerosakan dan usang.
Dengan adanya kemudahan ini, perkhidmatan Unit AMIEN yang merangkumi pelbagai cabang perubatan diagnostic salur darah dapat menyediakan satu alatan yang terkini ‘State of the Art’ kepada Interventional Radiologist. Ini akan memberikan impak yang amat positif kepada kualiti dan kuantiti perkhidmatan Unit AMIEN. Tambahan lagi, para siswazah Sarjana Perubatan ( Radiologi) dan pelajar-pelajar dari IPTA lain dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan teknologi terbaru masa kini.
Ketua Jabatan Radiologi, Prof Madya Dr. Khairil Amir Sayuti juga berkata ‘ kemudahan yang moden ini diharapkan dapat memudahkan Interventional Radiologist dalam membuat perancangan klinikal dan memberikan rawatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat. Dengan adanya kemudahan ini tidak lama lagi, perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih baik, temujanji dapat diatur dengan lebih cepat, persekitaran bilik yang bagus , peralatan berteknologi baru serta ia akan menyumbang kepada motivasi yang positif kepada semua staf Unit AMIEN.