Latihan Mri DynaCAD Breast 4.0
Kursus mengunakan Perisian MRI DynaCAD Breast 4.0 telah diadakan pada 11 dan 12 Januari 2023 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di bilik Endeavor, Jabatan Radiologi.
Kursus ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Juhara Haron, Dr. Nur Hartini Mohd Taib, Dr. Lau Chiew Chea, Dr. Shafora Bibi Samri dan beberapa orang juru x-ray mri yang terlibat secara langsung di dalam mengendalikan pemeriksaan Breast MRI di Jabatan Radiologi Hospital USM.
Peserta kursus memberikan tumpuan khusus semasa latihan menggunakan perisian breast DynaCAD
Puan Nur'Ain Nurjannah Tokemin daripada company QST selaku application specialist perisian ini telah dijemput khas untuk memberikan pendedahan tatacara penggunaan perisian DynaCAD ini. Tahniah dan syabas kepada semua ahli yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.