Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Program Pengukuhan Kumpulan Siri 1

Kubang Kerian, 27 April 2023, Sabtu - Program Pengukuhan Kumpulan Siri 1 telah diadakan di Dewan Peperiksaan Kompleks Pentadbiran Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada Juru X-Ray daripada Jabatan Radiologi telah menyertai kursus tersebut. 

Objektif program ini ialah membina hubungan dan ukhwah disamping memberi ruang kepada semua juru x-ray supaya dapat lebih mengenali hati budi rakan sekerja dan meningkatkan tahap  kepercayaan serta saling hormat menghormati sesama mereka. Selain itu, program ini dapat memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berpasukan apabila berada dalam keadaan yang sukar dan juga menjadikan juru x-ray lebih mahir, yakin dan berdaya saing serta memantapkan jati diri agar lebih siap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas harian.

5 orang staf daripada Unit Perubatan Pemulihan telah dijemput untuk memberikan ceramah dan menjadi fasilitator bagi program ini iaitu, Cik Hasnetty, Pn Zuriani, Pn. Christina Chris Tyna, Pn. Norhayati, Cik Athirah dan En. Amirul.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Nik Kamarullah Ya Ali selaku wakil Pengurus Jabatan Radiologi. 

Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberikan aktiviti dan tugasan oleh fasilitator melibatkan aktiviti LDK, Depression, Anxiety, Stress Scale Analysis (DASS), aktiviti regangan dan permainan strategi.

Rumusan Program 
1. Mengeratkan hubungan sesama staf junior & senior dengan harapan dapat memupuk semangat kekitaan & kerjasama sesama ahli kumpulan.
2. Mewujudkan sifat saling mempercayai, hormat- menghormati & melahirkan idea kreatif dalam kumpulan.
3. Mempelajari teknik mengenal personaliti dan menangani tekanan dalam kerja.

 

Teks / foto : Siti Salwa Hassan