Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Kursus Keselamatan Sinaran Dan MRI

USM, KUBANG KERIAN, 31 Mei 2023 telah diadakan satu kursus Keselamatan Sinaran dan MRI yang bertempat di Dewan Persidangan Kampus Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan anjuran daripada Jabatan Radiologi dan Pusat Transformasi Insan (PTI) Hospital USM. Objektif Kursus ini adalah memberi pengetahuan am mengenai keselamatan sinaran dan MRI kepada peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan yang bertugas di wad, jururawat dan penolong pegawai perubatan. Kursus ini juga untuk meningkatkan kefahaman peserta dalam aspek perlindungan dengan penggunaan sumber sinaran mengion di tempat kerja. Seramai 70 orang peserta telah menyertai kursus ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Jabatan Radiologi iaitu Prof Madya Dr. Khairil Amir Sayuti.