Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

KURSUS “CARDIOTHORACIC IMAGING SERIES: BASICS CHEST X-RAY INTERPRETATION WORKSHOP” EDISI 2

Sebagai pembuka tahun baru 2024, Pada 20 dan 21 Januari 2024 Pasukan Pengimejan Kardiotorasik, Jabatan Radiologi HUSM dengan kerjasama ECSNIR untuk kali-2 telah menganjurkan satu kursus “Basic Chest X-ray Interpretation Workshop” yang bertempat di Auditorium Pentadbiran HUSM (hari pertama) dan di Makmal Multimedia B, PPSK (hari kedua). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Kursus Dr. Wan Aireene Wan Ahmed.

Kursus ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas dan kemahiran praktikal dalam mentafsir pemeriksaan radiografi dada. Sepanjang dua hari, peserta akan meneroka keperluan pemeriksaan radiografi dada, belajar tentang anatomi radiografi, ketidaknormalan dan ketidakstabilan (kritikal), sambil menekankan kepentingan keselamatan sinaran dangan teknik yang tepat.

   Objektif kursus ini untuk memberi pemahaman teknik asas dan keselamatan sinaran dalam pengimejan radiograf dada, meningkatkan kemahiran dalam mengenali anatomi radiograf dada dan “common abnormal opacities/pattern”, mengenalpasti dan menafsirkan pelbagai penemuan radiograf dada, termasuk yang berkaitan dengan “pneumonia, malignancies, and cardiogenic or noncardiogenic pulmonary edema”, Memahami keadaan kritikal dan komplikasi yang sering di temui di radiograf dada dalam kerja klinikal harian, seperti mengenalpasti “lines”, tiub dan alatan bantuan dan mengenali kes-kes seperti trauma, “pneumothorax, pneumomediastinum, atelectasis, and effusion”, mempelajari petua dan idea untuk pembacaan penyakit mediastinal di radiograf dada serta meningkatkan kemahiran praktikal melalui sesi hands-on interaktif di bengkel dengan menggunakan kes sebenar.

Program ini turut dihadiri oleh 3 orang penceramah jemputan dari luar iaitu Dr. Aishah Saizan (Radiologist HRPZ II) , Dr. Nor Hayati Ahmad (Radiologist HRPZ II) dan Dr. Siti Aishah Ahmad Maulana (Pensyarah dan Radiologist UNISZA) dijemput untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama 94 peserta yang menyertai kursus ini. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sesi soal jawab bersama pakar dan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi majlis kursus.

   Sepanjang kursus ini diadakan pelbagai teknik, petua dan idea yang dikongsikan oleh pakar kardiotorasik . Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan dan kursus ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

Teks / Foto : Hajar Ya'akob