Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Kursus Ct Skan Siri 3 2024

14 JULAI 2024 Ahad, Jabatan Radiologi Hospital USM telah mengadakan 'CT Scan Course For Radiographer 3 yang bertajuk "Thoracic & Body Imaging" bertempat di Bilik Endeavor, Jabatan Radiologi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Aireene Wan Ahmed yang membentangkan tajuk "CT Throrax - Indications, Scanning Protocol Including HRCT and Image Appearance ".

Manakala, Dr Mohd Azaad A Hamid telah membentangkan tajuk "CT Abdomen & Pelvis - Indications, Scanning Protocol Including Multiphase CT of HBS and Image Appearance ".

Kursus ini telah dihadiri oleh juru x-ray seramai 22 orang dan juga Pelajar Sarjana Perubatan Radiologi (Tahun 1) yang merupakan satu prakarsa untuk memantapkan lagi cara kerja pemeriksaan CT Scan yang melibatkan pemeriksaan bahagian dada dan juga bahagian pubis.

 Teks / Foto : Mohammad Hisyam Zulkefli