Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Kursus Basic Life Support

Kota Bharu, 26 Jun 2024 (Rabu): Jabatan Radiologi dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah menganjurkan satu kursus “Basic Life Support Course for Radiographers” bertempat di Bilik CME, Aras 4, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Trauma HUSM yang bermula dari jam 8.10 pagi hingga 4.00 petang.

    

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Jabatan Radiologi mengenai teknik terkini di dalam memberi bantuan kecemasan kepada mereka yang memerlukan terutama sekali kepada pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di jabatan.

Seramai 37 orang kakitangan Jabatan Radiologi yang terdiri daripada Pakar Radiologi, Juru X-ray, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Kursus ini dikendalikan dengan jayanya oleh pihak Jabatan Perubatan Kecemasan sebagai tenaga pengajar.

Kursus ini terbahagi kepada 4 sesi iaitu penyampaian teori mengenai “Basic Life Support”, demonstrasi,  amali (hands on) dan juga sesi penilaian kompetensi di mana setiap peserta akan dinilai kebolehan mengaplikasikan teknik bantuan kecemasan bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak seperti mana yang telah disampaikan.

Diharapkan penganjuran kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan semua kakitangan diberi pendedahan terkini bantuan kecemasan sekiranya berlaku insiden kecemasan di dalam jabatan.

Disediakan oleh:    Muhammad Syazwan Bin Rosnan