Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Kursus "Advanced Ultrasound Course For Postgraduate Radiology"

USM, KUBANG KERIAN, 20 dan 21 September 2023 telah diadakan satu kursus "Advanced Ultrasound Course For Postgraduate Radiology 2023" yang bertempat di Auditorium dan Sono School Tingkat 4 Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital USM anjuran daripada Jabatan Radiologi dengan kerjasama daripada Infinity Medical. Kursus ini telah dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar sarjana perubatan Tahun 1 seramai 50 orang.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Jabatan Radiologi iaitu Prof Madya Dr. Khairil Amir Sayuti. 

Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang perkhidmatan pengimejan ultrasound di Jabatan Radiologi, Meningkatkan kemahiran pengendalikan kes-kes biasa dan kes-kes memerlukan khidmat kepakaran radiologi, dan menetapkan standard dalam sesuatu kemahiran agar menjadi panduan umum.

Program ini diadakan dengan harapan dapat memberikan informasi terkini kepada pihak yang terlibat. 

 

Teks / Foto : Dr. Ahmad Aizuddin Mohamad Jamali