Hari Bersama Pelanggan & World Radiography Day 2025 – Jabatan Radiologi HPUSM
Tarikh : 11 November 2025 (Selasa)
Tempat : Auditorium Perubatan Nuklear dan Ruang Legar unit Farmasi Pesakit Luar
Program Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan World Radiography Day 2025 anjuran Jabatan Radiologi HPUSM berlangsung dengan meriah, bertepatan dengan tema tahun ini: “Empowering Healthcare through Imaging Excellence”.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan dengan pelanggan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengimejan perubatan dalam diagnosis dan rawatan pesakit. Aspek keselamatan radiasi turut diberi penekanan bagi memastikan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti.

Pameran dan saringan kesihatan turut diadakan di ruang legar Unit Farmasi Pesakit Luar, melibatkan pelbagai modaliti Jabatan Radiologi serta penyertaan Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi, Patologi Kimia dan i-CSC.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Profesor Dr. Zaidi Zakaria selepas ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Khairil Amir Sayuti, dan disusuli tayangan montaj serta sesi ceramah ilmiah merangkumi topik keselamatan MRI, pengimejan payudara moden, strok dan intervensi tanpa pembedahan.
Acara diakhiri dengan Kuiz Radiologi dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua staf, penceramah dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan penting radiologi dalam penjagaan kesihatan.
Kredit : Mohammad Hisyam Zulkefli