Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Ekspedisi Mendaki Kem Baha

EKSPEDISI MENDAKI KEM BAHA SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN PETUGAS KESIHATAN HOSPITAL USM
 
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 September 2023 - Seramai 18 orang petugas kesihatan pelbagai jawatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menyahut cabaran mendaki Kem Baha, Gunung Stong sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
Ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Sinaran Perubatan, Jabatan Radiologi, Hospital USM bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan petugas kesihatan selain memupuk semangat kerja berpasukan.
Ekspedisi yang diketuai oleh Dr. Mohd Hafizuddin Husin itu berjaya mengibarkan bendera Malaysia di puncak Kem Baha seawal jam 7.00 pagi di samping menikmati keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.
Kesemua peserta berjaya menuruni gunung dengan selamat tanpa kecederaan dan berharap program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf.
 
 
 
Sumber Laporan & Foto : Abdul All Hanif Mamat