ECSNIR 2025 Kupas Strategi Multidisiplin Dalam Pengurusan Strok
Persatuan Neuroradiologi Diagnostik dan Intervensi Pantai Timur, dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), telah menganjurkan 13th East Coast Neuroradiology & Interventional Radiology Conference (ECSNIR 2025) pada 26 Julai 2025 bertempat di Dewan Makmur 1, H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Bertemakan “Multidisciplinary Insights into Stroke: Collaborative Strategies for Success”, persidangan ini menghimpunkan lebih 150 peserta yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, juru X-ray, jururawat serta pelajar perubatan.
Menurut Presiden Persidangan, Dr. Nur Asma Sapiai, program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kolaborasi multidisiplin bagi meningkatkan keberkesanan diagnosis, rawatan dan pengurusan strok di Pantai Timur.
Persidangan sehari ini merangkumi sesi pembentangan, forum serta latihan hands-on yang melibatkan pakar neurologi, pakar radiologi, pakar intervensi radiologi dan pakar bedah saraf.
Antara topik utama yang dibentangkan ialah:
- Peranan Jabatan Kecemasan dalam Acute Ischemic Stroke – Dr. Muhammad Izzat Abdul Hadi
- Updates on Ischemic Stroke Management – AP Dr. Sanihah Abdul Halim
- Reperfusion Therapy Pathway in Kelantan – Dr. Rose Izura Abdul Hamid
- Automation Platform Stroke Solution – Mr. Mohd Mursyidi Mustafa
- Role of Imaging in Acute Ischemic Stroke – Dr. Siti Salwa Mohamad Zaini
- MRI in Acute Stroke & Mechanical Thrombectomy: UPM Experience – Dr. Rajeev Shamsuddin Perisamy
- Imaging Findings Post Ischemic Stroke & Case Sharing – Dr. Nur Asma Sapiai
- Challenge of Mechanical Thrombectomy in East Coast – Dr. Bazli Md Yusoff
- STA-MCA Bypass for Stroke (Microsurgery Marvel) – Dr. Muhammad Ihfaz Ismail
Selain itu, forum bertajuk “Way to Improve Stroke Management in East Coast” yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Hafizuddin bin Husin @ Mohd Hussin turut menarik perhatian, dengan penglibatan panel pakar pelbagai bidang bagi membincangkan hala tuju pengurusan strok di rantau ini.
Bagi sesi hands-on, peserta dibahagikan mengikut bidang:
- Pakar & Pegawai Perubatan: Ultrasound Carotid Doppler, Advanced Imaging, Thrombectomy, Transcranial Doppler Ultrasound
- Juru X-Ray: Advanced CT Training in Stroke dikendalikan oleh Siemens Healthineers
- Jururawat: Sesi praktikal thrombectomy serta peranan scrub nurse dalam prosedur strok intervensi
Penganjuran ECSNIR 2025 diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara pakar klinikal dan paramedik di Pantai Timur dalam meningkatkan kualiti penjagaan pesakit strok. Persidangan ini turut mendapat sokongan padu daripada fasiliti kesihatan, institusi pengajian serta rakan penaja.
ECSNIR 2025 membuktikan bahawa gabungan kepakaran multidisiplin mampu membuka ruang baharu dalam rawatan strok, sekali gus memberi impak positif terhadap kualiti hidup pesakit.