Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Diagnostic Reference Level (DRL) Workshop

Jabatan Radiologi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah berjaya menganjurkan Diagnostic Reference Level (DRL) Workshop: Data Collection, Analysis & Establishment of Facility DRL pada 4 April 2026 bertempat di Bilik Endeavor, Jabatan Radiologi.


Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengoptimuman dos radiasi, pemahaman DRL kebangsaan serta kaedah pengumpulan dan analisis data. Turut diadakan sesi hands-on bagi melatih peserta menggunakan data daripada sistem PACS dalam penetapan DRL fasiliti.


Bengkel ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan radiologi dari HPUSM serta fasiliti kesihatan sekitar, dengan bimbingan penceramah pakar dalam bidang berkaitan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pengetahuan dan amalan keselamatan radiasi dalam kalangan peserta.