Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

CME Mingguan : Aseptic Technique

Tajuk CME : Teknik Aseptik
Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025
Masa: 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tempat: Bilik Konferens, Jabatan Radiologi
Penceramah Jemputan: Dr. Fauziah bt Ismail Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH)

Satu sesi Continuing Medical Education (CME) bertajuk "Aseptic Technique" telah diadakan pada 7 Ogos 2025 bertempat di Bilik Konferens, Jabatan Radiologi. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Fauziah bt Ismail, Pegawai Perubatan dari Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH).

Sesi ini memberi fokus kepada penerangan mengenai teknik aseptik sebagai amalan utama dalam mencegah jangkitan nosokomial di fasiliti kesihatan. Penekanan khusus diberikan terhadap kepentingan pematuhan kepada protokol kawalan jangkitan, terutamanya dalam kalangan staf Jabatan Radiologi yang kerap terlibat dalam prosedur invasive dan non-invasive, serta sering berinteraksi dengan pesakit berisiko tinggi.

                 

Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah definisi teknik aseptik serta perbezaan antara dua jenis teknik aseptik iaitu Standard Aseptic Technique dan Surgical Aseptic Technique. Dr. Fauziah turut menjelaskan langkah-langkah kritikal dalam pencegahan jangkitan serta kepentingan memastikan sterile field dipelihara ketika melaksanakan prosedur seperti angiografi, biopsi, fluoroskopi dan suntikan intravena.

Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, yang memberi peluang kepada para peserta untuk membincangkan situasi klinikal sebenar yang dihadapi dalam tugasan harian.

Adalah diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan kesedaran dan tahap pematuhan staf Jabatan Radiologi terhadap amalan teknik aseptik, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit.