Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

CME : Chest X-Ray – Best Practices and Common Mistakes

Tarikh: 24 April 2025
Masa: 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tempat: Aras 4 Auditorium, Pusat Trauma

Jabatan Radiologi telah menganjurkan satu sesi Pembelajaran Berterusan Staf (CME) bertajuk "Chest X-Ray: Best Practices and Common Mistakes". Sesi ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Khairil Amir Sayuti, Pensyarah Perubatan Radiologi merangkap Ketua Jabatan Radiologi, Hospital Pengajar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Sepanjang sesi selama satu jam ini, para peserta didedahkan kepada amalan terbaik dalam penghasilan imej X-ray dada yang berkualiti serta kesilapan teknikal yang sering berlaku di lapangan. Fokus diberikan kepada:

  • Kedudukan pesakit yang betul
  • Penggunaan parameter pendedahan yang sesuai
  • Kepentingan menghasilkan imej diagnostik berkualiti tinggi bagi membantu rawatan klinikal

Program ini turut dihadiri oleh pakar radiologi dan semua juru X-ray (JXR), sebagai salah satu inisiatif jabatan untuk memastikan staf mengekalkan tahap kompetensi yang tinggi. Kehadiran penuh serta penglibatan aktif peserta mencerminkan komitmen Jabatan Radiologi terhadap amalan berkualiti dan keselamatan pesakit.