Skip to main content

Jabatan Radiologi PPSP

Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022

BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2022

26 Oktober 2022 - Majlis Kempen Kesedaran Kanser payudara 2022 yang bertemakan "Together We Can Make A Different" anjuran Unit WISH, Jabatan Radiologi, Hospital USM telah diadakan di Bilik Sumber Pelajar BPSP, PPSP. Majlis ini juga bertujuan menyerahkan sumbangan hasil jualan amal kepada Unit Kebajikan Hospital USM yang dijalankan sepanjang bulan Oktober 2022 oleh staf daripada Jabatan Radiologi.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek penjagaan kesihatan, kebajikan, saringan, sumbangan dan kesedaran tentang kanser payudara. Selain itu pendedahan tentang pentingnya rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaan sendiri.

Selain itu majlis yang diadakan ini juga bertujuan untuk melancarkan logo Unit WISH Jabatan Radiologi. Hadir merasmikan majlis ini ialah Profesor Dr. Mohd Imran Yusof Timbalan Pengarah Operasi. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Khairil Amir Sayuti dan Penyelaras Unit WISH Profesor Madya Dr. Juhara Ayob.