Basic Coronary Ct Angiogram Workshop
USM, KUBANG KERIAN, 12 dan 13 Mac 2023 - Pasukan Cardiothoracic Imaging daripada Jabatan Radiologi dengan kerjasama daripada ECSNIR telah menganjurkan Basic Coronary CT Angiogram Workshop di Dewan Kuliah 7 Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan USM.
Program ini di pengerusikan oleh Dr. Ahmad Aizuddin Mohamad Jamali yang telah dihadiri oleh peserta seramai 77 orang wakil daripada hospital-hospital seperti berikut :-
- 1 orang dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM)
- 5 orang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II
- 7 orang dari HPUniSZA
- 4 orang dari Hospital Angkatan Tentera
- 4 orang dari SASMEC @ IIUM
- 2 orang dari Hospital Al Sultan Abdullah, UiTM
- 3 orang dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
- 2 orang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah
- 1 orang dari Malacca General Hospital
- 2 orang dari KMI Kuala Terengganu Medical Centre
- 1 orang dari KPJ Pasir Gudang
- 1 orang dari KPJ Ampang Puteri
- 2 orang dari SALAM Medical Centre
- 2 orang dari Kedah Medical Centre
- Seorang dari Specialist Cardio HUSM
- 38 orang Pelajar Sarjana Jabatan Radiologi Hospital USM
Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Khairil Amir Sayuti ketika menyampaikan ucapan perasmian program ini menyambut baik penganjuran workshop ini kerana melalui program ini pendedahan dan maklumat terkini tentang perkhidmatan pengimejan jantung dan prosedur Coronary CT Angiogram di jabatan radiologi dapat disampaikan.
Objektif workshop ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan teknik asas terutama kepada juru x-ray berkenaan prosedur Coronary CT Angiogram yang digunapakai di Jabatan Radiologi Hospital USM. Selain itu, untuk menjalinkan kerjasama antara Hospital Kementerian Kesihatan, hospital swasta dan juga Hospital USM.
Turut hadir dalam workshop tersebut ialah Paediatric Cardiologist dari Unisza, Prof. Wan Pauzi Wan Ibrahim, Pakar Radiologi HRPZ II, Dr. Nurul Ain Mat Deris dan Pengurus Juru X-ray Jabatan Radiologi, En. Nik Fauriza Nik Lah.
Teks : Che Munirah Che Abdullah / Foto : Hajar Ya'akob